Friday 25 November 2011

Gugur air mata permata




Ntah napa.
Perasaan ku malam ne becampur baur suda.
Sedih -  nda sedap hati - macam rasa frust menonggeng pun ada jugak.

Sedih.
Air mata beguguran dengan relanya.
Aku perlukan seseorang buat masa sekarang ne.

Dulu,
Kalau aku sedih,
Aku nangis

Dan 
Dia laa yang setia 
Jadi teman di kala sedih mahupun gembira.
Suka ataupun duka.
Pahit dan manis.

Untuk suami tercinta.
Ibu rindu ayaa sangat-sangat sayanggggg!
Ntah napa ibu nda dapat tahan feel ibu malam ne.

Dan,
Lagilah ibu nda rasa sedap hati.
Sebab , balikbalik call aya.
Balik-balik juga nenek kebayan tu yang sambut.
Aya pegi resort pun yang teda line.
Huhuhu :'(

Tau laaa ibu ne nda dapat kalau nda contact aya langsung.
Terrrrr-biasa sudaa kn sayang?
Sebab kalau kita gaduh pun, 
tetap juga kita contact.

Rindu aya :(
Rizqy,  buah hati kita suda pun tidur.
Tadi bangun jap nangis minta susu.
Dapat susu, sambung tidur balik lagi la dia.

Ayaa sayang <3
Aya jaga diri baikbaik sana k.
Jaga diri untuk ibu dan Rizqy.

We always miss you sayangggg!
Love you so muchhh ever forever :')



Nda dapat senyum macam ini di ketika ini :'(


Monday 3 October 2011

Mencintai Apa Adanya ;)



Disaat kamu ingin melepaskan seseorang ,
Ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya . 

Disaat kamu mulai tidak mencintainya ,
Ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya .

Disaat kamu mulai bosan dengannya ,
Ingatlah selalu saat terindah bersamanya .

Disaat kamu ingin menduakannya ,
Bayangkan jika dia selalu setia .

Saat kamu ingin membohonginya ,
Ingatlah disaat dia jujur padamu .
Maka kamu akan merasakan erti dia untukmu .

Jangan sampai disaat dia sudah tidak disisimu ,
Kamu baru menyedari semua erti dirinya untukmu .

Yang indah hanya sementara ,
Yang abadi adalah kenangan ,
Yang ikhlas hanya dari hati ,
Yang tulus hanya dari sanubari .

Tidak mudah mencari yang hilang ,
Tidak mudah mengejar impian ,
Namun yang lebih susah mempertahankan yang ada ,
Kerana walaupun tergenggam boleh terlepas juga .

- Ingatlah pada pepatah -

“Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini”





Ibu NEED YOU BOTH , the mosttt ! 
Kamulah penguat semangat untuk ibu teruskan hidup ini (:
LOVE U AYAA ! LOVE U RIZQY !


Saturday 24 September 2011

Hukum Menyimpan Kuku Panjang ~


Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang khinzir , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang . Bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk ke semua haiwan tersebut jadi , potonglah kuku anda .

Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepung, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah !!!

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bankrup dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.


Info Tambahan

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli./ E.Coli 0157Hakikatnya, mungkin ramai yang faham bahaya E.Coli, iaitu sejenis kuman yang mengeluarkan toksin dan boleh mengundang gejala keracunan apabila berlaku pemindahannya daripada proses pembuangan najis. E.Coli dikaitkan sebagai bakteria penunjuk najis,manakala E.Coli 0157 adalah EHEC (Entero Heamoragic E.Coli).

Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.


Selain itu, memotong kuku termasuk di dalam perkara-perkara yang dituntut oleh agama membersihkannya (sunat-sunat fitrah). ini sesuai dengan hadis Nabi saw yang bermaksud:

"Dari Abu Hurairah r.a, katanya:Bersabda Rasulullah saw perkara dari tuntutan agama iaitu bersunat, mencukur bulu ari-ari, memotong kuku,mencabut bulu ketiak dan menggunting misai"(Sahih Muslim).

Oleh yang demikian, seharusnya setiap muslim sama ada lelaki atau perempuan melaksanakan tuntutan Islam ini termasuk menjaga kebersihan kukunya sesuai dengan anjuran Islam supaya menjaga kebersihan dari setiap aspek sama ada anggota badan, pakaian, makanan, tempat tinggal atau persekitaran.

Ini selaras dengan hadis Nabi saw yang bermaksud:"Kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman".

ADAB MEMOTONG KUKU :)



Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayang kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak .


RASULULLAH S.A.W BERSABDA : YANG ERTINYA :-
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

  • Hari Sabtu    : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
  • Hari Ahad     : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskina
  • Hari Isnin     : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
  • Hari Selasa   : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
  • Hari Rabu     : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya        kepapaan.
  • Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya     sembuh dari penyakit.
  • Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

So , kalau mau potong kuku tangan dan kaki tuu . Ikutlahh sunnah Nabi macam di bawah ne okaee ;)



Selamat mengamalkannya ! :)

Wednesday 7 September 2011

Berulang kembali

Assalammualaikum :)


Lama juga aku tak update blog ku ne kannn . Macam be-lumut sudaaa . Hmmm . Oleh disebabkan suami tercinta balik Sabah beraya . Memang nda tersentuh sikit pun blog ku ne . Memang menghabiskan masa , melepaskan rindu ;)

26 Ogos hari tuuu . Husband ku selamat sampai di Sandakan dari Tawau . Sampai jaaa , abang apeace yang ambil dya d terminal . Aku dan Rizqy just tunggu kedatangannya di rumah jakk . Melepas la rinduuuu kami yang 1 bulan terpisah . Sepanjang suami tercinta di Sandakan ne . Pegi mana-mana mesti sama-sama . Nda boleh ber-lepas . Hehe :) Akhirnya terlepas rindu buat seketikaa . Tapiiiiiiiii ~

Rindu ku itu berulang kembali dan datang lagi . Buat kali kedua , kami berpisah buat seketika . AGAIN AND AGAIN . Sebab , dya terpaksa balik Pahang semula . Praktikal dekat sana belum settle-settle lagi . Hujung tahun baru siap . Kau permudahkanlah urusan suami tercintaku d sana nanti , Ya Allah . Kuatkanlah aku untuk menghadapi perasaan ini . Sekali lagi , aku terSANGAT rindu dengan HUSBAND TERCINTA . 

6 September lalu . Parents dan husband tercinta bertolak ke Tawau dalam jam 7 malam . Parentsku hantar dya sampai ke rumah . Hehe :) Bagus kan mentua sarik . Mentua sarik sayang sama menantunyaaa ;) Sampai menghantar lagi ke Tawau tuu . Bayangkan laa betapa jauhnya perjalanan dari Sandakan ke Tawau tuu . Letihh jugak driving tu . Cian bapa kuu ~ Hehe . Dalam jam 12 tengah malam lebih macam tuu baru dorang sampai Tawau . Syukur juga selamat sampai . Moga dipermudahkan segala urusan2 kita Ya Allah !  Amiiiinnnn ~ Dan tinggal lahh aku sendiri di rumah sama Rizqy . Semalam , air mata ku macam mau satu baldi jaaa . Menangis punya pasal kan . Huhuhu . Rinduuu . Terasa macam nda sanggup suda berpisah utk seketika ne baaa . Nda sanggup . Sampai aku terfikir mau ikut ke Pahang . Tapi , semua belum prepare . Tiket pun belum beli . Trus laaa nda jadi . Aduhhhh :( 

Then , tadi jam 5.50 petang , husband tercinta terbang sdaa dr Tawau ke KL . Jam 9 malam tadi selamat sampai d KLIA . Syukur alhamdulillah . Huhuhu :( Naaahhh ~ Tambah lagi aku sedihhh . Menangis sendiri-sendiri . Makin hari , makin jauh . Tapi , mudah-mudahan , ALLAH sentiasa dekatkan hati kami . Sentiasa ada perasaan RINDU , KASIH dan SAYANG sesama kami . INSYAALLAH .

Inilah ujian buat kami yang Allah berikan . Allah uji kesabaran kami , hati kami , jiwa kami . Moga-moga kami berdua sentiasa kuat , tabah menghadapi ujian dari-Mu Ya Allah . Kami terima , kami redha . Kau dekatkan hati kami berdua , Kau dalamkanlah cinta dan kasih antara kami berdua Ya Allah . Amiinnn !

Sekarang - Facebook , Blog , YahooMail , SMS , MMS dan 3G terAMAT penting buat aku dan husband tercinta . Hanya dengan cara itu kami berhubung , untuk meluahkan segala apa yang tersirat dalam hati . Thanx untuk 'zaman moden' ini ;) 

Hmm . Mata pun suda berat . Mengantuk mau tidurrr . Sampai sini seja laa okae . Ada masa aku update lagi blog ne . Apa-apa pun , ibu sayang sangatsangat dgn Ayah Rizqy apa ada nya . Okae laaa . Gud nyte all ! Assalamualaikum ~ 

Meluangkan masa ber-tiga d Aidilfitri ;)


Sayang family kecil kuu !

Thursday 25 August 2011

Kasih Seorang Ibu :)

“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu…
Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu…
“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, ” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa
rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.
“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali. “Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu
masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.” “Bila?” tanya si anak.
“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya
mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.
Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.
“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”

p/s : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.

Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah “SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU”, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya.



Saturday 20 August 2011

Petua Bahagia ~


Assalammualaikum ~


Di keheningan malam ne . Terdetik pulak hati ku mau buat entry pasal PETUA-PETUA BAHAGIA nehh . Terutamanya bagi pasangan SUAMI ISTERI ;) Siapa yg x mau bahagiaaa kn . Hoho =.= Okaee . Now , buka mata , buka minda untuk baca ENAM PULUH TIGA PETUA BAHAGIA dari Dr. Fadzilah Kamsah .


## Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.
## Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.
## Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elak daripada menyalahi pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa) . [*ayaa syg,semoga kita hadapi situasi kita skg ne] :(
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.


Dr. Fadzilah Kamsah 


Sunday 14 August 2011

Rindu Yang Ter-amat ! :'(


Assalammualaikum ~

Yeaaa . Malam ne aku lambat tidur lagiii . Huhu ! Memandangkan baby Rizqy sda tidur . Aku habiskn masa ku malam ne dgn edit gambar , tulis blog . Aku baru jaaa lepas packing barang . Esok kami seFamily berangkat ke KotaKinabalu . Termasuklah baby Rizqy . Rizqy puuun ikut jugak . Ada urusan japp . Sambil-sambil tuu , kami berpuasa with all family members . Tapi , satu jaa kurang . Suami tercinta tiada di sisi :( Ayaaa , kami semua rinduuuu aya sayangg ! :'(

Hmmm . Busyyy aku packing barang td . Tetibaa jaa aku rasa sedih , rasa mau nangis sebab biasanya , kalau aku packing barang , suami tercinta mesti ada d sisi untuk membantu aku pa yang perlu . Lebih-lebih lagi , biasanyaa . If kami jalan jauh , suami tercinta tidak pernah akan ketinggalan . Kami sentiasa kemana-mana bersama-sama . Tapi , ituuu dulu . Sekarang ne , suami tercinta jauhhh nun d sana . Itu pun 'terpaksa' sbb ada lagi urusan yang belum siapp . 

Semuaaa orang d rumaa ne suda pun melelapkn mata . Esok kena bangun awal . Kemas itu ini apa yang patut di bawa . Then , esok juga aku ambil masa sekejap utk ke klinik . Ada lagi yang lum setel ne . Doakan aku sentiasa sihat walafiat k . Moga-moga aku kuat menghadapi segala ujian yg Allah telah berikan ini . Amiiin !

Kalau kamu semua mau tahuuu DAN mungkin kamu semua memang sudahh tau . AKU TERSANGAT LAH RINDU DGN SUAMI TERCINTAAAA ! Tiada tempat aku bermanja d sini . Takkan aku mau bermanja ngan parentsku kann . Segan jgak . Sudahh kawen , ada anak . Hehe :) Sekarang ne , aku just bermanja ngn anak kesayangan ku RIZQY RAYYAN AQASYAH . Setiap kali aku tengok anak ku ne , sudah semestinya aku akan ingat ayah nya . Rinduuu baa . Tuhan jak yang tahu perasaan ini . Dan , aku tahu , suami ku d sana puun akan merasa perasaan yang sama . Sbb , stiap hari dia meluah dgn aku . Rindu . Rindu . Rindu . Rindu . Yea laaa kn . Sapa jgak nda rindu kalau berpisah dgn orang tersayang kann . Hmmmm . Tapi kami saling beri semangat . 'Sabarrrr k sayang' . Itulahh ayat yang masing-masing keluar dr mulut kami . Syukur jugak sekarang ne dunia punnn sudah maju . Ada internet , handphone . Bole laa jugak sms , 3G segalaa kn . Ne laa jgak salah satu buat hubungan kami erat , sentiasa terjalin . Kalau nda , nahhh . Ada la ne tulis surat , kirim surat , kirim gambar . Macam zaman mama bapa kita duluu kn . 

Akhir-akhir ne , aku selalu tgok album gambar kami start kami couple dlu , smpai kawen dan sampai laa sekarang ada anak ne . Hehehe :) Rinduu zaman 'couple' kami duluuu . Jalannn jk teruss ^_^ Tapi sekarang mmg berubah suda rutin kehidupan . Time-time tgok gambar tuuu . Terus laa terdetik hati ku mau edit gambar kami dluu kala . Telampau banyak gambar dalam satu masa . So , aku combine yg banyak-banyak tuu , jadi lahh SATU gambar . Hehe :) Tapii , bukan satu gambar jaa aku edit . Banyakkkk . Nahhh . Tengokk laaa ~ Ini lah hasil keboringan , kerinduan ku ngn suami tercinta time aku d rumah ne . Cuci mata luk kamu aa . ;)



First time we went out together ;)




~ Jesselton Point ~


Penang House , Warisan Square ^^





One Borneo ^_^


KK Times Square




MySUPER-DUPERhero !


Yeaa ~ Thats the true statement !


- KUALA LUMPUR -


withSON :)


I LOVE YOU SAYANG !


I MISS YOU SO BADLY ! :(


# Sorry telampau banyak gambar . Hehe :) Itu laaa kenyataannya yang si Yana rindu si Sarik . Si Ibuu rindu si Ayaa . Okaee laaa . Dats all ;) Good night =,= Love u so muchhh SHAHRIANSYAH !


 

Thursday 11 August 2011

Usaha Tangga Kejayaan ;)


Assalamualaikum ~


Jam suda pun pukul 1.13am . Huhu . Lum lagi tidurrrr ne ~ Baby Rizqy tidur sdaaa . Just bangun tuk mnyusu then smbung tdur balik . Kalau malam , baby Rizqy memang nyenyak betul tdur . Sampai ibunya puas online . Hehe :) Bagi 'chan' ibu lukk kn syggg ~ Anak yg memahami . Love u son ! ;) 

Hmmm . Biasanya aku xlaa lambat tdur smpai jam2 bgini ne . Tapi , disebabkan ada TUGAS . Lambat laaa tdur . Hehe :) Bukannya tugas apa puun . Just update blog yg nda sberapa ne . Lum cukup matang lg blog ku nehh . Sbb aku ne x PRO sgat mw hias2 blog , kemas sana sini . Huhh ! Mcm keja buang masa jaa . Tapi , mmg buang masa pun ! Hoho =.= Baru sikit-sikit aku kasi pakai baju , pakai seluar , pakai shawl , pakai contactlens BLOG kuu neh . Hehe :) Tapi puas hatiii la . Nampak jgk perubahan biar cket kn . Hehe (: Btw , thanxxx to Fyfiee SchaFynaz yang sudi tunjuk ajar :) Hehe ~ 
And , creditttt to LS . 

Okae laaa . Macam nda tahan sda mata ne be-buka trusss .
And now ~ log-out FB , sign-out BLOG . Bsuk mw bangun awal .
K , good night !

Tuesday 9 August 2011

Tangisan Seorang Isteri ~



Jika isteri menangis d hadapanmu , hargailah ia sblm terlewat
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu , itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi .
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis , dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu .
Jika kau membiarkannya pergi , dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu , selamanya ! 
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah , kecuali ddepan org yang sangat dia sayangi , dia akn mjadi lemah ! 
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah , hanya jika dia sangat menyayangimu  , dia akan menurunkan rasa EGOnya .



Wahai suami-suami ~
Jika seorang istri pernah menangis keranamu .
Tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian . 
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk jatuh terlalu dalam .



Wahai suami-suami ~
Jika seorang isteri menangis keranamu ,
Tolong jangan menyia-nyiakannya .
Mungkin , kerana keputusanmu , kau merosakkan kehidupannya .
Saat dia menangis didepanmu , saat dia menangis keranamu. 
Lihatlah jauh kedalam matanya. 
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang
dirasakannya keranamu ? 



Apakah keistimewaan perempuan ini ?



Dibalik KELEMBUTANNYA , Dia memiliki kekuatan yang 
begitu dashyat . 
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN . 
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yg dicintainya . 
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN
bagi anak-anaknya .
 Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa .  
Dia TERHARU , Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN 
pada orang-orang yg dikasihinya . 
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya .
 Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN .
 Dia begitu sedih melihat KEMATIAN .
 TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN . 
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana SATU hal .
Bahawa betapa BERHARGAnya dia ~








Ibu sayang ayaa teramat sangat  ! Need u more syggg  ;(

Copyright IbuuRizqy ~ WifeSarik