Thursday 25 August 2011

Kasih Seorang Ibu :)

“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu…
Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu…
“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, ” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa
rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.
“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali. “Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu
masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.” “Bila?” tanya si anak.
“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya
mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.
Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.
“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”

p/s : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.

Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah “SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU”, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya.



Saturday 20 August 2011

Petua Bahagia ~


Assalammualaikum ~


Di keheningan malam ne . Terdetik pulak hati ku mau buat entry pasal PETUA-PETUA BAHAGIA nehh . Terutamanya bagi pasangan SUAMI ISTERI ;) Siapa yg x mau bahagiaaa kn . Hoho =.= Okaee . Now , buka mata , buka minda untuk baca ENAM PULUH TIGA PETUA BAHAGIA dari Dr. Fadzilah Kamsah .


## Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.
## Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.
## Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elak daripada menyalahi pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa) . [*ayaa syg,semoga kita hadapi situasi kita skg ne] :(
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.


Dr. Fadzilah Kamsah 


Sunday 14 August 2011

Rindu Yang Ter-amat ! :'(


Assalammualaikum ~

Yeaaa . Malam ne aku lambat tidur lagiii . Huhu ! Memandangkan baby Rizqy sda tidur . Aku habiskn masa ku malam ne dgn edit gambar , tulis blog . Aku baru jaaa lepas packing barang . Esok kami seFamily berangkat ke KotaKinabalu . Termasuklah baby Rizqy . Rizqy puuun ikut jugak . Ada urusan japp . Sambil-sambil tuu , kami berpuasa with all family members . Tapi , satu jaa kurang . Suami tercinta tiada di sisi :( Ayaaa , kami semua rinduuuu aya sayangg ! :'(

Hmmm . Busyyy aku packing barang td . Tetibaa jaa aku rasa sedih , rasa mau nangis sebab biasanya , kalau aku packing barang , suami tercinta mesti ada d sisi untuk membantu aku pa yang perlu . Lebih-lebih lagi , biasanyaa . If kami jalan jauh , suami tercinta tidak pernah akan ketinggalan . Kami sentiasa kemana-mana bersama-sama . Tapi , ituuu dulu . Sekarang ne , suami tercinta jauhhh nun d sana . Itu pun 'terpaksa' sbb ada lagi urusan yang belum siapp . 

Semuaaa orang d rumaa ne suda pun melelapkn mata . Esok kena bangun awal . Kemas itu ini apa yang patut di bawa . Then , esok juga aku ambil masa sekejap utk ke klinik . Ada lagi yang lum setel ne . Doakan aku sentiasa sihat walafiat k . Moga-moga aku kuat menghadapi segala ujian yg Allah telah berikan ini . Amiiin !

Kalau kamu semua mau tahuuu DAN mungkin kamu semua memang sudahh tau . AKU TERSANGAT LAH RINDU DGN SUAMI TERCINTAAAA ! Tiada tempat aku bermanja d sini . Takkan aku mau bermanja ngan parentsku kann . Segan jgak . Sudahh kawen , ada anak . Hehe :) Sekarang ne , aku just bermanja ngn anak kesayangan ku RIZQY RAYYAN AQASYAH . Setiap kali aku tengok anak ku ne , sudah semestinya aku akan ingat ayah nya . Rinduuu baa . Tuhan jak yang tahu perasaan ini . Dan , aku tahu , suami ku d sana puun akan merasa perasaan yang sama . Sbb , stiap hari dia meluah dgn aku . Rindu . Rindu . Rindu . Rindu . Yea laaa kn . Sapa jgak nda rindu kalau berpisah dgn orang tersayang kann . Hmmmm . Tapi kami saling beri semangat . 'Sabarrrr k sayang' . Itulahh ayat yang masing-masing keluar dr mulut kami . Syukur jugak sekarang ne dunia punnn sudah maju . Ada internet , handphone . Bole laa jugak sms , 3G segalaa kn . Ne laa jgak salah satu buat hubungan kami erat , sentiasa terjalin . Kalau nda , nahhh . Ada la ne tulis surat , kirim surat , kirim gambar . Macam zaman mama bapa kita duluu kn . 

Akhir-akhir ne , aku selalu tgok album gambar kami start kami couple dlu , smpai kawen dan sampai laa sekarang ada anak ne . Hehehe :) Rinduu zaman 'couple' kami duluuu . Jalannn jk teruss ^_^ Tapi sekarang mmg berubah suda rutin kehidupan . Time-time tgok gambar tuuu . Terus laa terdetik hati ku mau edit gambar kami dluu kala . Telampau banyak gambar dalam satu masa . So , aku combine yg banyak-banyak tuu , jadi lahh SATU gambar . Hehe :) Tapii , bukan satu gambar jaa aku edit . Banyakkkk . Nahhh . Tengokk laaa ~ Ini lah hasil keboringan , kerinduan ku ngn suami tercinta time aku d rumah ne . Cuci mata luk kamu aa . ;)



First time we went out together ;)




~ Jesselton Point ~


Penang House , Warisan Square ^^





One Borneo ^_^


KK Times Square




MySUPER-DUPERhero !


Yeaa ~ Thats the true statement !


- KUALA LUMPUR -


withSON :)


I LOVE YOU SAYANG !


I MISS YOU SO BADLY ! :(


# Sorry telampau banyak gambar . Hehe :) Itu laaa kenyataannya yang si Yana rindu si Sarik . Si Ibuu rindu si Ayaa . Okaee laaa . Dats all ;) Good night =,= Love u so muchhh SHAHRIANSYAH !


 

Thursday 11 August 2011

Usaha Tangga Kejayaan ;)


Assalamualaikum ~


Jam suda pun pukul 1.13am . Huhu . Lum lagi tidurrrr ne ~ Baby Rizqy tidur sdaaa . Just bangun tuk mnyusu then smbung tdur balik . Kalau malam , baby Rizqy memang nyenyak betul tdur . Sampai ibunya puas online . Hehe :) Bagi 'chan' ibu lukk kn syggg ~ Anak yg memahami . Love u son ! ;) 

Hmmm . Biasanya aku xlaa lambat tdur smpai jam2 bgini ne . Tapi , disebabkan ada TUGAS . Lambat laaa tdur . Hehe :) Bukannya tugas apa puun . Just update blog yg nda sberapa ne . Lum cukup matang lg blog ku nehh . Sbb aku ne x PRO sgat mw hias2 blog , kemas sana sini . Huhh ! Mcm keja buang masa jaa . Tapi , mmg buang masa pun ! Hoho =.= Baru sikit-sikit aku kasi pakai baju , pakai seluar , pakai shawl , pakai contactlens BLOG kuu neh . Hehe :) Tapi puas hatiii la . Nampak jgk perubahan biar cket kn . Hehe (: Btw , thanxxx to Fyfiee SchaFynaz yang sudi tunjuk ajar :) Hehe ~ 
And , creditttt to LS . 

Okae laaa . Macam nda tahan sda mata ne be-buka trusss .
And now ~ log-out FB , sign-out BLOG . Bsuk mw bangun awal .
K , good night !

Tuesday 9 August 2011

Tangisan Seorang Isteri ~



Jika isteri menangis d hadapanmu , hargailah ia sblm terlewat
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu , itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi .
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis , dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu .
Jika kau membiarkannya pergi , dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu , selamanya ! 
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah , kecuali ddepan org yang sangat dia sayangi , dia akn mjadi lemah ! 
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah , hanya jika dia sangat menyayangimu  , dia akan menurunkan rasa EGOnya .



Wahai suami-suami ~
Jika seorang istri pernah menangis keranamu .
Tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian . 
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk jatuh terlalu dalam .



Wahai suami-suami ~
Jika seorang isteri menangis keranamu ,
Tolong jangan menyia-nyiakannya .
Mungkin , kerana keputusanmu , kau merosakkan kehidupannya .
Saat dia menangis didepanmu , saat dia menangis keranamu. 
Lihatlah jauh kedalam matanya. 
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang
dirasakannya keranamu ? 



Apakah keistimewaan perempuan ini ?



Dibalik KELEMBUTANNYA , Dia memiliki kekuatan yang 
begitu dashyat . 
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN . 
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yg dicintainya . 
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN
bagi anak-anaknya .
 Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa .  
Dia TERHARU , Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN 
pada orang-orang yg dikasihinya . 
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya .
 Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN .
 Dia begitu sedih melihat KEMATIAN .
 TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN . 
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana SATU hal .
Bahawa betapa BERHARGAnya dia ~








Ibu sayang ayaa teramat sangat  ! Need u more syggg  ;(

Memori yang tak dapat dilupakan ;(



29JULAI2011 ~ Tarikh ne adalah tarikh yg tersangatlaa bersejarah bg aku . Aku telahpun berangkat ke Sandakan dgn Baby Rizqy 2 hari yg lalu. Dan sekarang sudahpun selamat sampai. Syukurrr lah selamat juga . Hanya kami berdua dgan Baby Rizqy shaja tanpa ditemani oleh suami tercinta . Pada hari tuu , aku betul-betul rasa berat hati mw tinggalkan suami tercinta ku, tinggalkn mak & bapa mentua serta abg2 iparkuu . Hmm . Mungkin ianya terlalu awal utk aku balik ke kampungku. Sedangkan tidak sampai sebulan aku berada d Pahang. Aku sudahpun berangkat balik ke Sandakan di atas masalah kesihatan yg tidak dpat dielakkan & terpaksa dirawat secepat yg mungkin. Bukan mungkin , tapi memang suda pasti ianya tersangatlah awal utk aku tinggalkn mereka buat seketika . Aku terpaksa . Mohon maaf aku ucapkan . Insyaallah next tym kita still lagi ada masa utk bersama-sama ;)



28JULAI , Khamis . Aku , suami tercintaku , anak kesayanganku , mak & bapa mentua ku bertolak ke KL . Syukur laa kmi selamat sampai d KL . Hmmm . Aku ne tersangatlah penakut dgn jalan2 area Peninsular Malaysia ne . Gayattt sgt sbb suma yg drive kreta , lori , motor suma nya 'sign mati' . Bikin takuttt bh . Suma drive laju-lajuu . Dalam perjalanan tu , mulut ku terkumat-kamit membaca Al-Fatihah , Ayat Qursi , 3 Qul . Begitu jgak dengan suami ku . Tak berhenti utk memohon kpd Yg Maha Kuasa agar perjalanan kmi selamat shingga lah ke destinasi yg kami tujui . Sampai KL , kami cari hotel utk menginap semalam . Sebaik sahaja masuk bilik hotel , semua pun melepaskn keluhan lega . Kepenatan dduk dalam kreta yg memakan masa 1jam lebih pjalanan . Masa tuu jgak , abg ipar ku , abg maman dtg ke hotel utk berkumpul bersama . Pada malam tu , abg ipar ku bawa jalan2 . so , kami decide ke KLCC jaa sbb masa terlalu mencemburui kami . Skejap jaa kmi round KLCC tuu sda pukul 10 malam . Penat jgak jalan sambil dukung baby Rizqy . Mana lagiii aku ne blum sihat spenuhnya . Sanggup jalan gara2 last sda d KL . hehe ~ padahal next time bole pegi lagiii kn ? Huhu . Sampai hotel jam 11malam , sembang2 jap ngn suami tercinta n abg maman . Lepas tuu , start laa aku busyyy packing barang yg teramat la byk utk di bawa balik Sabah . Mata ku x larat sda mw atur barang . Jam sda pun jam 1 . Dlam masa yg sama , aku tengah tunggu abg sepupu aku datang KL dr Melaka . Sbb , esoknya dya yg akan hantar aku ke airport .



Esok pagi nyaa , hari jumaat tuu . Hari tuk aku berangkat balik . Hmm . Cepat betul masa berlalu . Macam x sempat rasanya utk aku bermanja-manja ngn suami tercinta . Sbb lepas ne lama lagi baru dapat jumpa . Diikutkan hati , maw jaa aku bawa dya balik Sabah sbb x sanggup bjauhan . Hehe . Manjaaa kn ;)  Tapi , terpaksa jugak kami berjauhan utk sementara waktu . Terpaksa berkorban sbb aku balik utk berubat & dya stay sana sbb nk habiskn practical dkat sna tuu . Pagi tuu kami suma turun breakfast . Lepas breakfast , aku balik bilik sambung packing barang sambil2 urus Rizqy . Suami n mak mentua pg shopping japp . Hehe ~ X sempat sda mw join ~,~ Siap packing sumanyaa , jam 12 lebih kami gerak dr hotel ke LCCT . Tapi sebelum tu , kami singgah lg d PWTC . Ada urusan japp . Jalan jamm sgttt ! Benciii ~ Hati ku gelisahhh sgt sbb takut lambat cek in flight . 1 jam lbih kami terperangkap d kota raya tuuu . Tambah lagi hati ku gelisah dsebabkan kami salah masuk jalan . Maklum laa . Suma yg ada dalam kereta pun , suma nya org Sabah . Suma x pro pasal jalan KL ne . Salah masuk jalan , konfom sesat . Haha :D Abg sepupu aku yg sda 10tahun lebih stay KL still lg bingung ngn jalannya sana . Dekat jam3 petang baru kami lepas dari jamm n kesesatan d tengah2 kota tuuu . Kami trus direct ke LCCT yg memakan masa 1 jam jgk laa ke sana . Dupdapdupdap sda jantung kuu sbb masa bukan maw tunggu kitaa . X lama lagi counter check in tutup . Sampai jaa LCCT , suami tercinta & mak mentua tolong uruskan tiket & barang2 sumaa . Aku sibuk jgk urus Rizqy yg meragamm trus . Nasib baik laa sempat kann mw check in . Klu ndaa , burn tiket kuuu ;( Syukur laa Tuhan permudahkan urusan . Hehe ~ 



Siap urus suma barang masuk kargo & boarding pass pun sda ada d tangan ku . Jam sda 4.50pm . Macam aku x maw balik jaaa sbb sumanya yg jadi rushing . X best mcm tuu . X senang hati jdnyaa . Masa yang aku ada hanya 20min utk bersama suami tercinta , mak mentua & cousin kuu .  Memang x cukuppp ! Memang x puass ! Jam5 aku sda pun masuk balai pelepasan . Sbb , d tiket tulis msti masuk balai pelepasan tuu jam5.10 . Takut x sempat . Masa tu mmg aku berat hati & berat jgk langkah ku utk tinggalkn suami kuu . Ini lahh kali pertama kami berpisah buat seketika . Air mata ku terus mengalir . X sanggup hadapi situasi mcm tuuu . Lbih2 lagi aku ne jenis org yg cepat mngeluarkan air mata . Aku mmg x dapat tahan air mata ku pada masa tu . Jam 5pm tu aku sda pun msuk balai pelepasan . Aku x sempat borak ngn suamiku & durg suma . Aku hanya sempat salam tangan , cium pipi , cium dahi jaa dkat suami tercinta ku tuu . Nahhh . Tym tuu , air mataku tambah lg mengalir deras . Malu jgak org tgok2 aku nangis . Tapi , itulah aku kalau berpisah ngn orang yg aku sayang , ngn orang yg aq close sgt2 . Betul jgak cakap suami ku . Kami x sempat utk saling berpesanan . Suma pun x sempat . Suma jadi rushing . Tu lagi bkin aku tambah sedih , nangis .



Masuk ja aku d balai pelepasan tuu , suami tercinta pun call even kami sama2 still d LCCT tuu . Dya call , aku nangis lagii . Adehhh . Lemah sgt aku berpisah ngan jantung hatiku tuu ~ Aku cakap ngn dya , jgn dulu call , nty nangis lagii . Nty org tengok2 , malu baaa . Taw jgak aku maluu kn ? Hehe :) Kami just contact via texting msg jaa . SMS pun jadi la kn . Hmmm . Aku sedih sgt sbb dya text aku mcm ne . "Love u syg..aya risau ibu d flight sndri2.aya tunggu ibu terbang bru aya gerak p kl.love u buu.baca doa byk2 k." Hmmm , apa yg berkata dlam hati ku , hanya Tuhan yg taw . Aku pun turut risau d flight sndri2 . Lbih2 lagi baby Rizqy demam . Risau nty dya meragam . Syukur jgk laa , x jgak Rizqy meragam . Tidurr ja dalam perjalanan tuu . 1 hari aku x makan sbb suma nya rushing . Bukan aku ja x makan , suami ku pun sma . Aku terharu sgttt sbb suami tercinta cakap , “selagi ibu x makan , aya pun x makan” . Thanxx aya sanggup kongsi apa yg ibu rasa :) 



Actually , flight kuu jam 5.50pm . Tapi kena delay lagi smpai jam 6.50pm . Aduhhh ! 1 jam aku mnunggu . Benci aku delay2 mcm ne . Huhuhu ~ Apa bole buat kann . Ikut jaa la . Smntara tunggu tuu , aku ada tegur Chinese aunty . Aunty tu alone2 jgk kesiann . Tanya dya flight kemana ? Sama ! Ke Sandakan juga . Kami pun bercerita tuk hilangkan rasa lama mnunggu 1 jam tuu . Thanx so muchhh aunty , sbb , aunty tuu tolong aku angkat2 beg barang2 Rizqy , tolong pegangkn suma dokumen & boarding pass ku sma Rizqy . Suma aunty yg tolong . Syukur jgk laa ada aunty yg peramah , ringan tulang & baik hati tuu .Klu x , x tau laa aku mcmna maw pegang suma tuu smbil pegang baby kann . Hmm . Blum smpi jam 6.50pm , kami sda pun naik cabin jam 6.30pm . Dalam kapal tuu , x putus2 aku berdoa agar selamat laa prjalanan kami . Sebab , stewardess tuu balik2 buat announcement suhh stay tmpat duduk masing2 , pakai seat belt , x bole ke tandas d sebabkn cuaca yg x mengizinkn . Dlm pjalanan tuu , hujan jaa trus . Syukur jgk x lebat . Risau btul sda akuuu . Mana lagi aku duduk sebelah tingkap , then nampak kilat bersabungan . Tmbah laa aku susah hati . Syukur jgk jam 9.45 kami selamat smpai d Airport Sandakan . Nasib xda pa2 yg jadii . Sampai ja airport , dari jauh lagi aku suda nampak mama & bapa ku sambil2 melambaikan tangan :) Durang yg jemput akuu . Hmm , lega rasanyaa .


And now ,


Setiap saat , minit , jam , hari hatiku ter-amattt la sayu , sedih , pilu & rinduu dsebabkan bjauhan dgn suami tercinta . Bukan dipinta , tapi terpaksa atas masalah yg tdak dpt dielakkan . Minta maaf sgt2 ya ayaa syggg . Bukan niat ibu utk tinggalkn ayaa k . Hmmmm ;( Apa2 puunnn , ibu sama Rizqy sentiasa merindui ayaa d sana . Kami perlukan ayaa syg ;) Take a good care there syggg ! Muahhhx ~



Ibu & Rizqy sayang ayaa sangat2 ! Need u the most ~
Copyright IbuuRizqy ~ WifeSarik